Macam Mana Nak Naikkan HB Untuk Ibu Hamil?
Assalamualaikum,

Pagi ni saya ada rutin harian check up mengandung di Klinik Desa.

Dari malam tadi lagi rasa resah sebab takut hb low lagi. Mana tak nya dalam beberapa minggu lepas saya memang tak jaga pemakanan. Semua pantang saya langgar. Minum air kopi, milo dan makan coklat. Hb saya dari 12 turun jadi 10!

Kalau turun lagi anemia la jawabnya. Tak nak ulang kisah masa mengandung cik nicha dulu.
Hb low sesangat, asyik 10 je. Bila nurse tanya, "makan tak vitamin yang saya bagi?" Saya jawab mesti lah makan. Tapi ntah macam takde perubahan pun.

Macam mana nak naikkan hb untuk ibu hamil?

Jadi nasihat saya, jagalah pemakanan anda. Bahaya tau kalau kena anemia masa mengandung.

Tahu tak yang kopi, milo serta coklat mengandungi kafein? Ia boleh menghalang penyerapan zat besi dalam badan. Sebab tu kalau makan vitamin pun tak jalan kalau pemakanan kita tak jaga.

Sayur dengan buah-buahan pun penting. Kena banyak makan sayur dan buah. Terutamanya yang mengandungi kandungan zat besi. Kemudian disertai dengan buah-buahan yang kaya dengan vitamin c supaya membantu penyerapan zat besi dalam badan.

Okay, saya nak cerita macam mana hb saya dari 10 naik kepada 12.6. 

Saya memang jaga makan saya start saya dapat tau hb sy rendah masa check up pada 29 April 2015 yang lalu.

Saya mula banyak makan buah dan sayur. Vitamin juga saya tak tinggal makan. Saya tak makan vitamin yang Klinik Desa bagi. Saya hanya makan vitamin Shaklee sahaja.

Setiap hari saya ambil Vitalea dengan Vitamin C. Lepas tu setiap hari saya makan kurma. Malam sehari sebelum saya check up, saya makan banyak sayur bayam. Hubby saya kata sepatutnya dah lama kena makan bayam tu, dia siap tanya lagi "ada efek ke makan bayam hari ni esok hb naik?" Hehehe. Kelakar plak rasa.


Lepas makan malam, saya terus telan Vitalea dengan Vitamin C dengan harapan naiklah hb saya esok pagi.

Alhamdulillah, nurse yang amik darah saya pun berpuas hati dengan kenaikan hb saya kali ni. Best sangat rasa, syukur. Lepas ni saya akan terus amalkan Vitalea  dengan Vitamin C sepanjang tempoh kehamilan saya ni. Tak perlu susah-susah nak pergi farmasi cari pil tambah darah lagi.



Kalau anda nak tau Vitalea shaklee mudah sangat diserap dalam badan. Hanya dalam beberapa saat saja dia terurai. Manakala Vitamin C pulak akan absorb dalam badan secara perlahan-lahan dalam tempoh 5 jam. Sebab tu nama dia Sustained Release.

Memang sangat-sangat berpuas hati.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk boleh hubungi saya di talian tertera :



Cara Kuatkan Sistem Imun Badan
Kita bergantung kepada sistem pertahanan badan (sistem imun) yang mempertahankan badan kita secara semula jadi daripada dijangkiti kuman, bakteria dan virus.

Namun mengekalkan sistem imun yang sihat pada zaman yang serba moden ini sangat mencabar. Terutamanya yang tinggal di bandar, mereka sering lepak lewat malam sehingga kurang tidur, tidak bersenam, makan makanan yang diproses dan mengalami tekanan hidup merupakan antara faktor-faktor yang melemahkan sistem pertahanan yang mana kesannya membuatkan kita terdedah kepada masalah kesihatan.

Terdapat banyak penyelidikan menunjukkan yang tekanan hidup dari segi mental dan fizikal boleh melemahkan sistem imun.

Berikut adalah beberapa fakta yang perlu anda baca :

1.      Menjelang 2017 peluang anda mendapat kanser dijangka melebihi 50 peratus

2.  Kematian disebabkan penyakit berjangkit bertambah dua kali ganda dalam masa sedekad lalu

3.     Kematian disebabkan penyakit berjangkit antara usia 25 hingga 44 tahun telah meningkat enam kali ganda

4.     Sejuta orang mati setiap tahun kerana keracunan makanan

5.   50,000 tan antibiotic digunakan setiap tahun di seluruh dunia ke atas manusia, haiwan dan tumbuhan

6.     Satu dalam nisbah tiga orang menghidap alergi

7.     Kita mula mengalami secara purata tiga kali selesema dalam setahun

Apakah yang boleh anda lakukan? Berdiam diri dan berpeluk tubuh, membiarkan sahaja tubuh terdedah kepada ancaman atau mencari satu solusi kesihatan?

Sikap gemar bergantung kepada ubat apabila diserang penyakit seharusnya sudah lama ditinggalkan. Ini kerana sebagaimana yang kita tahu, mencegah lebih baik daripada mengubati.

Dari mana datangnya virus, kuman dan mikrob?

Kita sentiasa terdedah kepada beribu jenis mikrob (sejenis organism kecil yang hanya dapat dilihat dengan mikroskop) melalui pernafasan (hawa dingin, gas buangan, asap, virus diudara, habuk), berjabat tangan, sentuhan dengan objek (perabot, habuk hama pada selimut, pengangkutan awam, peluh, air), makanan, latihan fizikal, persekitaran kerja dan lain-lain.

Bagaimana mikrob menjejaskan kita?

Apabila banyak kuman dan mikrob menyerang kita, terutama sekali apabila tubuh kita kekurangan interferon dan sel-sel imun, kita akan cepat keletihan, stress, tidur terganggu atau dijangkiti selesema, batuk, alergi, lelah, eczema, jerawat dan sebagainya.

Sel-sel yang teroksidasi dan tidak sihat membentuk lebih banyak radikal bebas yang seterusnya mengakibatkan penyakit kronik, kanser dan lain-lain.

Cadangan produk untuk tingkatkan sistem imun secara semulajadi?

1. Nutriferon – menguatkan sistem imun dengan menggalak penghasilan interferon semula jadi dalam badan.

2. Vitamin C – membantu sel darah putih menentang bacteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun. Juga mempertingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom selesema.

3. Garlic – Antibiotik yang selamat dan semulajadi. Ianya selamat untuk kegunaan jangka panjang untuk mempertingkatkan sistem imun, menghalang penyakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai produk, sila hubungi saya di talian yang tertera :


Collagen Powder dan Nutriferon Telah Kembali
Collagen Powder Shaklee dan Nutriferon sudah kembali!

Dah lama saya menunggu kemunculan kedua-dua produk ini , sebab kedua-duanya mempunyai manfaat yang baik. Collagen Powder memang dambaan saya, dan Nutriferon pula adalah penguat sistem imun saya serta keluarga.

Apa yang menariknya tentang Collagen?



Collagen shaklee diekstrak dari sisik ikan merah. Ia merupakan supplemen kolagen yang unggul, mengandungi 4,000 mg Kolagen RSS (Sisik Ikan Merah) proprietari malah ia sejenis kolagen tulen yang bermutu tinggi.

Collagen shaklee adalah sangat rendah dalam berat molekular, sekitar 1,000 Dalton (berat molekular kolagen disukat dalam Dalton) amat mudah diserap oleh tubuh badan dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Sebab itu, sesiapa yang menggunakan Collagen shaklee kulit mereka akan kelihatan cantik, halus mulus dalam tempoh 2 minggu.

Nutriferon?



Ia merupakan penemuan terhebat dalam bidang Immunologi!

Interferon buat julung kalinya ditemui oleh Dr. Yasuhiko Kojima dari University Tokyo pada tahun 1954. Selepas membuat kajian selama 40 tahun dan semakan semula beribu-ribu jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan, Dr. Kojima telah berjaya membangunkan satu-satunya interferon semulajadi didunia (Nutriferon).



Formulanya yang digunakan adalah semulajadi, selamat, tulin dan berkesan!
Nutriferon adalah satu formula eksklusif dan dipaten oleh Shaklee dan tidak dijual di mana-mana kedai biasa. Hanya boleh diperolehi melalui Shaklee sahaja.

Menarik bukan?

Di dalam bidang perubatan, suntikan interferon banyak digunakan untuk merawat penyakit hepatitis, kanser, hidrophobia (penyakit anjing gila), herpers dan HIV. Tambahan pula, ia telah terbukti bahawa interferon amat berkesan untuk melindungi kita dari jangkitan influenza dan berbagai jenis penyakit.

Makanya, saya betul-betul menyukai Nutriferon kerana dalam masa 3 hari sistem imun tubuh badan saya kembali kuat. Ini berdasarkan pengalaman saya, nak demam pun boleh tak jadi kerana interferon mampu merangsang  dan mempertingkatkan secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh sel-sel jahat.

Dah macam berperang pulak.

Apa-apa pun, saya tak nak lepaskan peluang untuk memiliki Nutriferon. Collagen shaklee? Hmmm, nanti dulu lepas bersalin nanti baru nak consume. Mesti meletop-letop you!



Sebarang pertanyaan lanjut mengenai dua produk ini boleh hubungi saya pada talian yang tertera :



no image

Hi semua,

Alhamdulillah kandungan dah masuk 19 minggu hari ni. Kejap je rasa, pejam celik dah nak masuk 5 bulan.

Berdebar?

Mesti ada sebab bakal berjumpa dengan orang baru, tak sabar rasanya.

Risau?

Hmmm, saya banyak berzikir untuk hilangkan rasa kerisauan dalam hati. Selalu berdoa kandungan akan selamat dan sentiasa dilindungi oleh-Nya.

Saya pernah bermimpi telah melahirkan baby boy. Tapi saya tak pasti bagaimana rupa bayi tersebut. Hanya nampak bercahaya.

Takut bukan?

Ya saya memang takut. Lepas saya sedar dari tidur terus saya pegang perut seperti mencari-cari sesuatu. Setiap hari setiap masa setiap saat saya akan teringat-ingat akan mimpi tersebut.

Sehinggalah saya berjumpa seorang ustaz yang secara kebetulan semasa menghadiri kursus anjuran pejabat, tempat saya bekerja. Ustaz meminta saya supaya banyak berdoa kepada Allah s.w.t.

Namun kebimbangan saya tidak berakhir disitu. Nak jadi cerita ketika check up di Klinik Desa Kampung Jawa pada 29 April 2015 baru-baru ini. Nurse meminta saya untuk berbaring di atas katil. Kebiasaan nurse-nurse kat sini panggil check perut.

Check perut tu macam mana?

Check perut tu sebenarnya nak ukur ketinggian rahim dan nak dengar bunyi denyutan jantung baby. Lama jugak nurse tu cuba cari denyutan baby. Agak-agak korang dia jumpa tak? Jangan kata jumpa, saya sendiri yang baring pun tak dengar. Apalagi cuak la saya, terus saya tanya dengan nurse tu.

"Macam mana?"

"Emm maybe baby kecik lagi, sebab tu tak dengar bunyi heartbeat. Takpe kita tunggu kandungan besar sikit lepas tu kita check balik"

Dengan pasrah saya redha dengan jawapan nurse tersebut. Lalu saya pulang dengan hati yang gundah gulana. Tapi saya tetap yakin yang baby saya selamat.

Hari demi hari, siang dan malam bersilih ganti. Saya nyatakan hasrat pada suami untuk buat scan. Sebab sehingga kandungan mencecah 18 minggu saya masih tidak merasa gerakan baby. Ditambah pula dengan cerita-cerita yang saya dengar dari kawan-kawan membuatkan hati semakin tidak selesa.

Suami pun setuju untuk bawa saya ke Klinik Husna, doktor kegemaran saya. Pada mulanya doktor tidak mahu membuat scan memandangkan saya perlu datang scan pada kandungan berusia 20 minggu. Namun apabila saya mula terangkan yang saya tidak merasa gerakan baby,  dan doktor pun terus scan perut saya.

Alangkah leganya hati saya, bila melihat si kecil aktif bergerak di dalam perut. Syukur alhamdulillah. Tersenyum lebar muka saya.

Doktor jadi hairan macam mana saya tak boleh rasa gerakan baby sedangkan baby sangat aktif. Kaki dan tangan bergerak-gerak.

Jadi doktor pun buat kesimpulan, kemungkinan perut saya tebal. Tebal pun tebal lah doktor janji baby selamat.

Hehehe, dah lali dengan orang kata perut saya tebal. Rasa-rasa mau 44 kali orang cakap perut saya tebal.

Nahh amik kau! Betul tebal jadinya.

Jadi pada ibu-ibu di luar sana. Jangan risau dan jangan bimbang. Pergerakan baby kebiasaanya akan dapat dirasa pada usia kandungan 14 minggu paling awal sehingga 20 minggu. Bergantung pada ibu, tidak semua ibu akan merasai pergerakan baby pada 14 minggu. Sama ada cepat atau lambat. Namun ia juga tidak patut dipandang remeh, kerana apabila kita dapat merasai pergerakan baby dalam perut. Ini menandakan baby kita sihat.

Till next time.

Setiap Bulan Ada Saja Promosi - Promosi Shaklee Mei 2015
Assalamualaikum,

Dah lama tak bersiaran kat ruangan ni, dah penuh dengan habuk sampah. Al-maklum dengan ke-busy-an yang melanda diriku. Ini tidak bermakna makcik dah bersara dalam bidang shaklee ni. Kalau boleh setiap masa setiap saat nak menghadap shaklee ni 24/7 without failed.

Okay berbalik pada tajuk entry, bulan Mei 2015 ni shaklee telah membuat promotion untuk Omega Guard, Phytocol-st dan Vitalea For Children. Jadi inilah masa terbaik untuk pemakan-pemakan vitamin diluar sana untuk merebut peluang memborong buat stok kat rumah, nak hadiah kan kat mak apak, atau nak share beli dengan kengkawan.

Jadi jangan tengok menung saja, kerana banyak khasiat dan manfaat yang akan anda rasai dengan vitamin-vitamin tersebut.









Hubungi saya 019.307.7392 untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.