no image
Kelmarin saya check up di Hospital Besar Klang, sambil menunggu giliran ada seorang nurse bagi flyers tentang penyusuan. Kalau nak diikutkan dah banyak kali saya baca tentang penyusuan ibu tapi elok jugak boleh recall balik  memandangkan sekarang ni tengah sarat pregnant yang ketiga.

Seronok sebenarnya baca pasal penyusuan ni dan tak semua ibu-ibu yang cekal untuk menempuhi tempoh penyusuan selama 2 tahun. Banyak dugaan yang perlu ditempuh oleh mereka bagi menjayakan misi ni. Dah macam nak bertempur pulak kan.

Dari sudut Islam, dalam Al-Quran juga ada menyebut tentang susu ibu.

" Dan ibu-ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama dua tahun penuh, bagi yang ingin menyusui secara sempurna. "

Ayat 233 Surah Al-Baqarah.

Oleh yang demikian, penyusuan susu ibu ini adalah sangat penting kerana Allah telah menciptakan susu ibu khas untuk bayi anda dan ia sangat terbaik berbanding susu formula yang terdapat di pasaran.

Ibu-ibu disarankan untuk menyusukan si manja mereka secara eksklusif sejak lahir sehingga umur 6 bulan. Dan perlu diteruskan sehingga 2 tahun.

Tahukah anda penyusuan susu ibu memberi manfaat kepada kedua-dua ibu dan anak. Antaranya adalah :
  • Susu ibu mengandungi kesemua nutrien penting. Contohnya protein, vitamin dan zat galian malah antibodi yang diperlukan oleh bayi anda.
  • Susu ibu juga mengandungi asid lemak penting seperti ALA dan LA. Ia diperlukan untuk menghasilkan DHA dan ARA yang penting untuk perkembangan fizikal dan mental si manja anda.
  • Penyusuan susu ibu membantu ibu-ibu mengembalikan bentuk badan dengan lebih cepat kerana ia membantu membakar lemak yang tersimpan semasa hamil.
  • Ibu-ibu yang menyusukan bayi juga mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menghidapi diabetes, kanser payudara, kanser ovari dan kemurungan selepas bersalin.
  • Anak-anak yang diberi susu ibu lebih tinggi tahap kecerdasan minda dan kebarangkalian mereka membesar menjadi seorang dewasa yang obes adalah lebih rendah.

Menarik bukan? Jadi ibu-ibu perlulah menyusukan si manja dengan susu ibu secara eksklusif.

Apakah yang dimaksudkan penyusuan susu ibu secara eksklusif?
  • Tidak memberi bayi apa-apa selain susu ibu daripada ibunya atau ibu susuan atau perahan susu ibu. Bayi tidak diberi makanan pepejal atau cecair lain termasuk air kosong.

Jadi berilah yang terbaik buat anak anda.

no image
Assalamualaikum semua,

Lama sungguh saya nak amik masa untuk sambung part 2 ni. Hehehe.

Nak start menulis pun kena bercinta dengan masa. Kena amik mood dulu lepas tu baru la dapat keluar idea.

Okay kisah cemas saya semasa mengandungkan nicha. Bila dah keluar tanda darah, mula rasa tak menentu. Teringat dengan kata-kata doktor, kalau ada tanda nak bersalin terus ke hospital.

Pada mulanya mak suruh saya berehat dirumah saja pagi tu. Terpaksa saya amik emergency leave. Tapi hati ni rasa tak sedap plak. Dalam pukul 10 saya sms hubby untuk bawa saya ke hospital klang. Hubby minta saya bertenang dan berehat dulu dirumah sementara menunggu dia sampai.

Pada jam 12.30 tengahari saya terus ke kecemasan untuk ibu bersalin. Berdebar-debar hati ni. Tak putus-putus saya doa dalam hati supaya baby selamat tanpa ada sebarang komplikasi.

Setelah bertukar pakaian, timbang dan amik bacaan tekanan darah. Saya diminta untuk baring di atas katil. Doktor yang bertugas ketika itu ada 2 orang kalau tak silap saya. Salah seorang dari mereka datang memeriksa keadaan saya sambil refer buku merah. Mereka terus menyoal saya tentang GBS positive.

"Apakah ubat yang doktor bagi bila dapat  tau ada jangkitan?"

"Kenapa dalam buku merah awak ada reference dari hospital UMRA?"

"Kenapa tak bersalin je kat UMRA?"

"Tahu tak bahaya baby lahir awal? Banyak komplikasi akan berlaku!"

"Kenapa awak tak makan antibiotik yang doktor bagi?"

Haihhh banyak plak soalan yang diajukan. Penat nak jawab dah la hati kita tak keruan ditambah dengan soalan-soalan tu. Pening memikir.

Tapi sumpah saya kata, masa dapat pil antibiotik tu saya takut nak makan sebab yelah masa tu ingat tak boleh makan dan doktor tu gila bagi antibiotik kat ibu mengandung.

So bila dah kena marah dengan doktor, tadah je la telinga ni dengar dia bebel-bebel. Bila check bukaan dah 2 cm. Doktor pun terus scan perut saya untuk tengok berat baby. Masa scan tu saya dengar dah 2.4kg walaupun masa tu 33 minggu.  Saya curi-curi dengar perbincangan doktor-doktor tu, mereka sepakat untuk refer hal ini ke doktor pakar.

Pada mulanya mereka cadang untuk menahan baby daripada bersalin. Tapi memandangkan berat baby sudahpun 2.4kg so takde masalah kalau nak bersalin awal. Cuma masalah sekarang incubator takde untuk baby nicha. Doktor tadi dah start enjin membebel kat saya.

"Haa kan ni la jadinya kalau tak dengar nasihat doktor. Incubator pun takde tau. Kalau ada tu rezeki anak awak. Sekarang kami kena call semua hospital untuk pinjam."
Dalam hati saya masih berdoa agar dipermudahkan segala urusan pada hari tu.

Kemudian saya terus dimasukkan ke dalam wad. Ohh yaa sebelum saya naik ke wad saya dapat suntikan apa ntah nama untuk kuatkan paru-paru baby. Dia punya sakit toksah cakap rasa berbisa mencucuk-cucuk kat punggung ni. Yang paling bestnya suntikan tu kena amik 2 kali petang skali dan malam skali. Haihh lahh, mengeluh lagi dalam hati. Tapi kata nurse tu jangan fikir sakit, fikir untuk kebaikan baby. Dalam terpaksa ku relakan jua.

Bila dekat wad sakit nak bersalin tu skali skala datang. Tapi tak kerap masih boleh bertahan lagi. Saya dah start tak lalu makan. Tapi fikir untuk baby je saya gagah jugak telan.

Tik tok tik tok menghitung masa, masih takde tanda-tanda nak beranak lagi. Sekali sekala saya lelapkan mata. Sampai lah keesokan harinya, saya tak tau nak buat ape. Boring lah pulak duduk hospital ni.

Pagi-pagi lagi saya rasa nak mandi, belengas pulak badan ni. Masa tu dah start rasa contraction tapi saya masih bertahan. Lepas mandi makin kuat pulak sakit dia. Berkali-kali saya panggil nurse untuk pantau keadaan saya. Sampai satu masa saya dah tak tahan sangat sakit. Saya terus ke kaunter bagitau dorang yang saya sakit sangat.

Bila doktor datang check bukaan dah 9cm rupanya. Kelam kabut dorang. Saya perasan dorang sedang masukkan antibiotik dalam badan saya. Kemudian dorang bergegas ke labour room.

Alhamdulillah akhirnya air ketuban dipecahkan dan lahirlah Nur Anisah Safiyyah ke dunia secara normal. Syukur sangat-sangat. Berat masa ditimbang 2.1kg. Malangnya saya tak dapat nak skin-to-skin dengan baby sebab baby terpaksa dibawa ke nicu untuk pemeriksaan lanjut. Sedih sangat.

Itulah moment yang tak dapat saya lupakan. Untuk mengandung lagi saya rasa trauma. Sebab tak nak perkara sama berulang lagi.

Tapi setelah hampir 3 tahun berlalu saya kini mengandung lagi anak ketiga. Mudah-mudahan baby dapat lahir cukup bulan dengan selamat. Kali ni saya sepenuhnya ambil Set Mengandung Shaklee, alhamdulillah keputihan pun tak seteruk masa preggy Afif dan Nicha dulu. 

Rahsianya?

Nantikan entry akan datang.




Glosari ringkas :

1. Pil Antibiotik - ibu mengandung yang disahkan jangkitan GBS positive akan diberikan pil antibiotik untuk mematikan kuman.

2. Suntikan Dexamethasone - untuk mematangkan paru-paru kerana bayi lahir sebelum masanya.

3. Suntikan Antibiotik sebelum bersalin - ibu mengandung yang akan bersalin akan disuntik antibiotik supaya jangkitan tersebut tidak akan terkena kepada bayi.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk Gynea anda.
no image
Hi semua,

Hari ni nak share resepi paling senang di dunia. Resepi apa? Sosej roll mudah.

Tak perlu nak uli-uli tepung buat dough hanya dengan menggunakan roti gardenia.

Actually dah lama nak buat sosej roll ni, tapi tak terbuat-buat sebab takde masa. So ada masa terluang ni saya pun try la buat.

Lagipun roti dah nak hampir luput. Daripada membazir baik buat sosej roll ye dak?

Bahan-bahan dia senang sangat nak sediakan. Jom tengok.

Bahan-bahan :

8 keping roti [dilenyek dengan gelas]

8 sosej ayam [direbus atau digoreng terlebih dahulu]

2 biji telur

Sedikit lada sulah

Sedikit breadcrumbs [kalau rajin nak buat sendiri pun boleh, tapi saya beli yang dah siap]

Cara membuatnya :

Lenyekkan roti dengan menggunakan gelas supaya minyak tidak dapat diserap apabila digoreng. Kemudian ambil sosej tadi letakkan di atas roti dan gulungkan dia. Pada hujung roti tadi letakkan telur sebagai pelekat.

Dah siap!

Eh belum lagi, roti yang dah siap digulung dicelupkan ke dalam telur. Selepas itu gelek-gelek kan sosej roll di atas breadcrumbs. Lepas tu boleh la digoreng hingga warna kuning keemasan.

Senang kan? Kacang goreng je tu.

Siap! Haa ni baru betul.