Assalamualaikum dan hai semua,
disebabkan saya ni peminum tegar ESP no.1 di rumah [baru dirumah tapi kalau di
Malaysia ni rasa ramai yang suka sangat dengan ESP, tak caya tanyalah dengan
mereka sendiri]. Jadi saya nak tarik perhatian anda-anda-dan anda semua untuk
mengetahui fakta menarik tentang ESP.
Tahukah anda Shaklee merupakan syarikat pertama
yang mencipta makanan tambahan protein berasaskan kacang soya? Pada awal tahun
70-an, Dr. Shaklee telah mencipta pengasingan protein yang pertama di dunia.
Ini bermakna Dr. Shaklee telah lama mengetahui bahawa protein soya adalah factor
utama dalam penjagaan kesihatan melalui beberapa ujian klinikal.
ESP atau nama penuhnya Energizing Soy Protein
ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat
komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan.
Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi “non-GMO” (non-Genetically
Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Malah
setiap 850g (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan
sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.
ESP merupakan satu-satunya produk di dalam
pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat
dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4
sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur sama ada tua ataupun
muda. Manakala kandugan indeks glisemik yang rendah iaitu 39, menjadikan ia
sangat sesuai juga kepada penghidap kencing manis.
Satu hidangan ESP bersamaan dengan 2 kali ganda
daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolesterol,
tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.
Kebaikan ESP untuk anda :
ü Asid
amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland dan
lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.
ü Kacang
soya adalah satu-satunya tumbuhan yang
kaya dengan isoflavones, fungsinya sama dengan hormon wanita. Ia membantu
merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
ü Genistein
yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan
dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan
sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam
pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.
ü Merangsang
pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan,
mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, mempercepat sembuhan luka dan
mengurangkan kesan parut.
ü Membekal
tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, mencegah migrain, imsomnia
dan tekanan.
ü Membaiki
masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi,
kedutan dan kesan tua.
ü Meningkatkan
kualiti memori, vitality, dorongan seksual dan rangsangan.
Kepentingan
Protein
Protein adalah bahan utama dalam pembentukan
pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia.
Ia merangsang fungsi psikologi. Oleh itu, setiap organ kita memerlukan protein.
Kekurangan protein menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan
penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan
otot, perubahan warna rambut, pertumbuhan terbantut, masalah penghadaman,
masalah penghasilan darah dan hormon, dan akhirnya boleh membawa kepada
kegagalan fungsi organ dan boleh membawa kematian.