Pada
awal pembabitan saya dalam shaklee, saya tak pernah tau pasal Dr. Forrest C.
Shaklee. Bila saya dengar cerita mengenai beliau di dalam Bengkel Nutrisi
Shaklee saya rasa wahhh kagumnyee!
Lepas
ni macam nak duduk kampung pastu bercucuk tanam sendiri. Hidup pasti lebih
sihat kan? Jom kita kenal siapa Dr. Forrest C. Shaklee.
Dr
Forrest C. Shaklee, anak kedua kepada pasangan Robert dan Martha Shaklee telah
dilahirkan pada tahun 1894; di Carlisle, Iowa. Beliau mempunyai seorang abang
bernama Ralph, 6 tahun lebih tua daripada beliau; dan adik perempuan yang muda
3 tahun daripada beliau yang bernama Cecily.
Forrest
ketika lahirnya telah didiagnos mempunyai congenital tuberculosis. Malahan,
ketika dilahirkan juga (ceritanya) beliau kelihatan seolah tidak bernyawa
sehingga terpaksa diberi bantuan pernafasan artificial
respiration untuk membantu meransang
pernafasan. Prognosis doktor juga menyatakan bahawa jangka hayat
Forrest tidak akan lama; yakni Forrest akan mati sepertimana kanak-kanak lain
yang didiagnos penyakit yang sama.
Ibubapanya
tidak mahu menerima bulat-bulat prognosis tersebut; lalu melakukan pelbagai
usaha untuk membantu Forrest agar dapat terus hidup seperti kanak-kanak lain yang
sihat. Menurut ceritanya, Forrest terlantar berminggu-minggu di dalam buaian
dalam keadaan 'motionless' (tidak bergerak, pergerakan amat minima). Ibunya
Martha mencuba pelbagai teknik tradisi dengan penggunaan herba untuk membantu
Forrest. Martha yakin dengan kuasa Tuhan dan kuasa alam semulajadi.
Akhirnya, demi kesihatan dan kehidupan Forrest, mereka
sekeluarga pun berpindah ke sebuah ladang di Moorhead, Iowa. Di sini, Forrest
diubati oleh ibunya sendiri dengan memberikan beliau diet yang kaya dengan khasiat
tumbuhan semulajadi dan herba-herba; serta di sini juga beliau dapat menikmati
suasana yang sihat dengan udara yang yang bersih dan segar, serta bebas
pencemaran.
Akhirnya,
berkat usaha gigih tersebut, pada usia 4 tahun, Forrest mampu berdiri sendiri
tanpa bantuan. Namun, point yang paling penting, Forrest akhirnya disahkan
doktor yang beliau telah sembuh sepenuhnya daripada penyakit tibi.
# Vitalized Minerals Vitamin Pertama Di Dunia
Forrest
mengisi masa remajanya di ladang Moorhead dengan memerhati dan mengkaji haiwan
dan kitaran hidup mereka dengan alam semulajadi. Ada satu kata-kata Forrest
yang sangat terkenal tentang ini, iaitu;
"Animals watch for the signals and
listen to the voice of nature, while men have forgotten how to read or listen
to them."
Forrest
juga selalu terfikir, kenapa kanak-kanak lain yang senasib dengannya;
dilahirkan dengan penyakit TiBi tidak mampu untuk bertahan, sedangkan beliau
masih mampu terus menghirup udara segar di bumi ini. Akhirnya, jawapannya
ialah, kerana cinta ibunya Martha terhadap dirinya yang mengubati dan menjaga
dirinya dengan menggunakan kuasa alam semulajadi.
Forrest
adalah living testimony kuasa penyembuh hebat daripada alam
semulajadi.
Dipendekkan cerita, pada tahun 1915, pada usia Forrest 21
tahun, multivitamin pertama di dunia dicipta oleh beliau sendiri; dan dipanggil
Vitalized Minerals. Inilah multivitamin yang diamalkan jutaan penduduk dunia
sejak itu sehinggalah kini dah 100 tahun ia wujud di dunia ini.
# Seorang Yang Sukakan Ilmu
Dr
Forrest sepanjang hayatnya tidak pernah berhenti belajar. Pada tahun yang sama
beliau mencipta Vitalized Minerals, beliau juga telah graduated sebagai seorang chiropractor;
daripada Palmer School of Chiropractic, di bawah bimbingan chiropractor pertama
di dunia, iaitu Dr Daniel David Palmer. Pada 1920-an, Dr Forrest telah menerima
degree sebagai Doctor of Divinity. Kemudian, pada usia 37 tahun, Dr Forrest
menerima diploma sebagai Doctor of Naturopath. Kemudian, semasa Perang Dunia
ke-2, beliau telah menjadi seorang licenced short-waved radio operator dan
trained radio operator for submarines. Beliau juga pernah menjadi seorang radio
personality.
# Menghidap Kanser
Dr
Forrest juga pernah menjadi seorang radiologist (beliau buka klinik). Ketika
itu, tidak ramai yang tahu tentang bahaya sinaran xray. Akibatnya, pada usia 27
tahun, Mayo Clinic melalui diagnosis yang dilakukan, mengesahkan yang Dr
Forrest telah terkena Terminal Cancer. Mereka menawarkan untuk memotong lengan
dan kaki beliau.
Namun,
sebagai seorang manusia yang amat percayakan pada kuasa penyembuhan alam
semulajadi, beliau menolak tawaran itu dan berusaha mengubati sendiri kanser
tersebut. Dr Forrest kemudiannya berpindah untuk menetap di sebuah ladang di
Davenport dan memulakan program intensif mengubati dirinya sendiri. Kisah
ibunya Martha menjaga dan mengubati beliau sewaktu kecil, sehingga sembuh
daripada penyakit TiBi menjadi inspirasi beliau.
Dr
Forrest mengambil dos tinggi Vitalized Minerals yang diciptanya
BERSAMA dengan satu lagi penemuan baru; iaitumengamalkan pengambilan gabungan 9
herba yang mempunyai fungsi detoks (membersih) dan menyembuhkan sel-sel tubuh.
Beliau tahu, proses detoks ini penting untuk mengatasi kesan yang dialami oleh
tubuhnya yang rosak akibat sinaran radiasi di kliniknya sendiri (beliau tutup
klinik tersebut selepas disahkan kanser dan pindah ke Davenport).
Buat
pengetahuan semua, gabungan 9 herba itulah yang akhirnya menjadi suplemen Herb
Lax yang amat popular di kalangan pengguna Shaklee kini. Selain daripada
itu, Dr Shaklee juga amat menjaga diet hariannya melalui pemakanan yang 100%
hanya berasaskan alam semulajadi yang bersih dan segar.
Akhirnya,
selepas setahun Mayo Clinic mengesahkan yang beliau telah pulih daripada
kanser tersebut.
# Penubuhan Shaklee Product
Pada 1
April 1956, Shaklee Product ditubuhkan bersama dengan dua orang anak
beliau, iaitu Lee dan Forrest Jr. Syarikat ini ditubuhkan dengan 100% komitmen
untuk membantu memperbaiki taraf kesihatan manusia, tanpa mengganggu dan
merosakkan alam semulajadi.
Slogan syarikat ini ialah "Products in Harmony with Nature and Good Health"; dan
mottonya "DO BUSINESS BY THE GOLDEN
RULE".
Dr
Shaklee sebagai General Manager dan Product Development; Forrest Jr sebagai
Business Manager; Lee sebagai Markerting and Promotion Manager. Business ini
sememangnya family business.
Mereka
kemudiannya telah mencipta satu sistem yang mana Shaklee Product bakal
memberikan peluang pekerjaan dan kesihatan tanpa had kepada semua manusia di
dunia, tak kira apa pangkat dan umur sekalipun.
Kini,
sistem yang dicipta berdasarkan konsep "to teach others.. to teach others
.. to others ini.."; menjadikan Shaklee Product sebagai syarikat
Network Markerting pertama. Selain daripada itu, Shaklee Product juga
amat mementingkan kualiti produk yang dihasilkan.
Produk
pertama yang dikeluarkan oleh Shaklee Products ialah Pro-Lecin
Nibblers iaitu protein soya dan lecithin dalam bentuk tablet. Setahun
kemudian, Herb Lax diperkenalkan dan vitalea pula
diperkenalkan tak lama selepas itu, menggantikan Vitalized Minerals yang
asal.
Pada
tahun 1957, Vita Lea dalam bentuk tablet mula dikeluarkan di pasaran.
Produk bukan suplemen pertama, namun masih lagi bercirikan selamat pada alam
semulajadi, Basic H diperkenalkan di pasaran Amerika pada tahun 1960. Basic
H adalah pencuci serbaguna yang PERTAMA bebas fosfat, pekat dan
bio-degradable.
Setahun selepas itu, Soy Isolate Protein pertama
di dunia dihasilkan.
# Shaklee
Product Ke Shaklee Corporations
Pada
tahun 1964, Shaklee Convention yang pertama diadakan di San Francisco dengan
kehadiran seramai 150 orang busines leaders.
Kemudian,
pada tahun 1972 Shaklee Product telah ditukarkan namanya kepada Shaklee
Corporation; dan beberapa tahun selepas itu, pasaran Shaklee mula memasuki
Jepun, Kanada; Shaklee masuk ke Malaysia pada tahun 1988.
Dr
Forrest C. Shaklee sendiri meninggal pada usia 91 tahun (tahun 1986), dengan
meninggalkan satu legasi yang besar yang terus mampu membantu ramai sehingga
kini.