no image
Momordica Charantia atau omputih panggil bitter gourd, bitter melon, balsam pear atau balsam apple adalah sejenis pokok menjalar dan buahnya boleh dimakan sebagai sayur-sayuran. Dalam bahasa melayunya senang cakap Peria Katak. Ramai orang yang tak tahan nak makan Peria Katak ni sebab rasanya yang pahit. Saya tengok abah saya selamba je makan Peria Katak mentah-mentah. Emm saya takde masalah nak makan peria katak ni sebab memang favourite saya! Saya memang sukakan rasanya. Ingat lagi masa mengandung anak ketiga memang saya suka sangat dengan sayur ni. Tiap kali tapau lauk di kantin tekak saya memang nak makan sayur ni je. Sayur lain nampak macam takde selera. Mungkin tekak ibu mengandung kan. Secara jujurnya ketika kecil saya tak berapa sukakannya. Mak selalu marah sebab kami adik beradik tak berapa nak makan bila mak masak sayur ni. Kata mak sayur Peria Katak ni bagus di tambah plak dengan abah yang selalu je cakap "sayur yang pahit-pahit ni la ubat". Saya pun beranikan diri untuk cuba, hmmm not bad jugaklah rasa dia. Takdelah pahit sangat masih bole telan so lama-lama saya jadi terbiasa. Saya memang dibesarkan dengan keluarga yang suka makan ulam-ulaman, maka tidak hairanlah bila makan peria katak ni saya takde rasa pelik dengan rasa kepahitannya. Terima kasih abah sebab selalu beli ulam kat pasar. 

Khasiat Peria Katak

Okay pokok peria katak ni banyak terdapat di Asia Selatan, Asia Tenggara, China dan Carribean. Ingat orang Malaysia je ke makan Peria Katak ni? Dulu masa kecik saya ingat Peria Katak ni macam timun menggerutu macam katak puru yang rupanya hodoh tu. Haha sampai ke situ saya fikir kan. Tapi Peria Katak ni bukan biasa-biasa, khasiatnya sebagai pokok herba yang digunakan dalam perubatan tradisional. Dari zaman dulu lagi orang dah gunakan Peria Katak sebagai mengubati penyakit kencing manis kerana ia dikatakan dapat membekalkan insulin di dalam badan. Selalunya pesakit kencing manis ini tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi sebab itu mereka perlukan insulin untuk mengubah glukosa dalam makanan kepada tenaga yang diperlukan oleh sel-sel badan.

Di Filipina, teh Peria Katak digunakan untuk merawat kencing manis dan mengawal gula dalam darah bagi para penduduk mereka yang miskin. Dasyat juga ya khasiat Peria Katak ni. 

Cara Makan Peria Katak

Selalunya Peria Katak tidak dimasak bersama sayur-sayuran yang lain kerana rasa pahitnya. So kalau kat rumah saya biasa goreng gitu-gitu je atau campurkan bersama telur lebih kurang style memasak macam orang China tapi mereka pelbagaikan. Ada yang campur dengan isi ayam, pork [hat ni memang kita tak bole makan la sebab non-halal], daging dan salted egg. 

Okay jom kita tengok cara orang India plak masak Peria Katak ni. Dorang panggil Peria Katak ni Karela. Ada yang masak dengan kari, masala, serbuk sambar [yang ni tak tau camne nak explain kena rujuk recipe camne rupa serbuk sambar ni] dan banyak lagi. Mereka suka makan Peria Katak Goreng bersama dengan chapati, roti naan dan juga nasi. Baru tau banyak cara nak masak Peria Katak ni supaya boleh disesuaikan dengan citarasa setiap negara.

Cara Hilangkan Rasa Pahit Peria Katak

Haa ni tips ekk, rasa korang pun tau kot tapi saya tetap jugak nak share supaya yang tak tau tu boleh cuba sebab dulu masa zaman kekuno-an saya, yelah mak masak taknak tengok kat dapur bila masak sendiri terus tak tau cara camne nak hilangkan rasa pahit tu. Main belasah potong pastu terus goreng hahaha teruknya saya masa tu. So untuk hilangkan rasa pahit pada Peria Katak kita boleh rendamkan ia ke dalam air garam seketika.

Cara-caranya ialah :-

Belah dua Peria Katak dan buangkan bijinya.

Kemudian hiris nipis-nipis dan cuci bersih

Campurkan sedikit garam ke dalam Peria Katak yang telah dihiris nipis tadi serta tuangkan air 

Rendamkan seketika dan kemudian bilas serta toskan.

So sekarang dah boleh masak dengan resepi yang korang suka.

Cara lain untuk hilangkan pahit ada orang kata rebus atau kikiskan kulit Peria Katak tu.

Resepi Peria Katak

Rasa tak sah lak kalau tak share resepi Peria Katak ni kan supaya takdelah boring sangat bila nak makan, asyik-asyik goreng dengan telur je kan tapi itu yang saya selalu suka. Pe kata kita pelbagaikan rasa tapi style Malaysian ler. 

#1 Peria Telur Asin Berlada

Resepi Oleh : Aeini
Rujukan : Ayu

Bahan-bahanya :

4 biji peria katak ~ belah 2 buang biji tengahnya dengan sudu. Kemudian hiris nipis. Rendam sebentar dalam air garam selama 20 minit.
1 biji telur masin
1 biji cili merah ~ di hiris
1 biji cili hijau ~ di hiris
5 biji cili padi ~ belah 2
Sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan kisar :

1 sudu teh udang kering ~ rendam lembut dan kisar ( boleh gantikan sedikit belacan atau ikan bilis)
3 ulas bawang merah ~ kisar
2 ulas bawang putih ~ kisar
5 biji cili padi ~ kisar

Cara Membuatnya :

Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga harum
Ketepikan bahan rencah dan pecahkan telur asin. Pecahkan kuning telur yang keras. Kacau rata
Sebatikan dengan rencah tadi
Masukkan cili merah, cili hijau dan cili api
Perasakan dengan garam secukup rasa
Masukkan sayur peria
Kacau rata

Berhati-hati di dalam penggunaan garam kerana telur asin dah ada masinnya.
Sedia di hidangkan


#2 Asam Rebus Peria Katak

Resepi Oleh : Tiffin Biru

Bahan-bahannya :

4 biji peria katak
4 ketul tulang ikan masin kurau, rendam 20 minit
2 helai daun kunyit, disiat-siat
3 keping asam gelugor
1 kiub pati ikan bilis "maggi' (optional)
Air secukupnya
Garam dan secubit gula
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
20 biji cili padi thai kaler merah*
1/3 inci kunyit hidup*
Sedikit belacan*(*ditumbuk halus)

Cara membuatnya :

Peria dibelah 2, buang biji dan belah tapi tak putus untuk setiap belahan, rendam dalam air bergaram. Ketepikan. Masukkan bahan tumbuk halus dalam periuk bersama tulang ikan kurau masin (toskan), tuang air secukupnya dan didihkan. Masuk asam gelugor, kiub ikan bilis (jika guna), peria katak dan daun kunyit tadi, juga sedikit gula. Biar mendidih perlahan hingga peria lembut, rasa dan jika perlu baru tambah garam. Kacau perlahan dan boleh matikan api. Hidangkan panas.

Okay rasa terpanggil plak nak cuba resepi Peria Katak ni. Kena pergi pasar la nampaknya. Nanti boleh kasi sikit dekat mak buat jus Peria untuk pulihkan kencing manis dia. Ohh ya family belah mak memang ada sejarah kencing manis. Mak bila dah tua-tua ni baru bacaan gula dalam darah dia tinggi.

Selain Peria Katak, ada alternatif lain untuk merawat kencing manis iaitu Resveratrol. Resveratrol dikatakan mampu merawat penyakit ini. Macam mana peranan Resveratrol dalam kencing manis? Jom baca link ini.
no image

Sel Rosak Bahaya Ke?


Ehh bahaya la kalau sel badan kita rosak. Bila rosak penuaan berlaku, pelbagai penyakit kronik akan menjengah. Skrg tak sakit so tak takut la kenn. Biasa bila dah tua baru la dpt penyakit mcm-mcm kan? Sbb apa? Sbb imun sistem dorang lemah ditambah dgn radikal bebas ni plak makin parah la. So tgh sihat ni dari skrg kita kena jaga kesihatan. 

Okay berbalik pada cite sel rosak tadi.

Camne sel bole rosak? Sbb setiap hari kita terdedah dgn radikal bebas contohnya asap rokok, pencemaran udara, radiasi. Cuba lihat bawah mitochondrion dan atas air pollution [tengok gambar rajah]. Dari ozone (o3) dan oksigen (o2) akan terbentuk oH-. 

oH- adalah daripada bahan kimia yg sgt bahaya dan kalau telalu byk ia akan jadi kanser. oH- juga yg merosakkan DNA kita. Haa takut tak takut tak?

Acane kita nak baiki sel yg rosak ni?

Dengan pengambilan pati anggur muskat kerana kandungan antioksidan yg mempunyai ORAC capacity yg tinggi. So korang tau tak manusia skrg perlukan min 5000 ORAC sehari? Haa ni mesti ramai yg x tau kenn.

Vivix memiliki ORAC paling tinggi di dunia iaitu 6000 ORAC. Makin banyak ORAC, makin byk oH- yg boleh dibetulkan. Makin banyak sel-sel kita yg rosak dapat dibaiki.


Jom vivix mulai skrg! 
Set Cerdas Sel-Sel Otak Berhubung Dari Moody Terus Happy
Biasa kalau kita down tu mesti cari kawan untuk pinjam bahu mengadu nasib betul tak? Korang tau tak kekurangan motivasi dalam diri berkait rapat dengan kekurangan aktiviti neurotransmiter dlm otak? Lepas ni klu korang down meh cari saya. Sebab saya ada vitamin untuk buat korang lebih bersemangat lagi. Haa pedia vitamin tu?

#1 ESP Minuman Asid Amino Non-GMO

Keistimewaan esp ni adalah ia bantu tingkatkan keupayaan memori. Apabila fungsi otak dapat dirangsang dan dipertingkat, secara tidak langsung ianya menjadi semakin tajam dan semakin berupaya untuk mengingat. Ia juga bantu untuk memberi tenaga berpanjangan.

#2 Lecithin Sumber Cik Kolina

Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf. Soya lecithin merupakan sumber utama kolina. Lecitin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine. Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dan lain-lain.

Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak.

#3 Ohhh-Mega-Guard ku!

Omega Guard dapat membantu kita untuk meningkatkan kecerdasan otak, mudah mengingati dan lebih fokus.

#4 Bcomplex Teman Baik Anti-Stress

Ia sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, anti-stress. Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga dan membantu korang berfikiran positif sentiasa (mood baik dan ceria) bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik pemikiran & daya menumpuan akan lebih baik.


#5 Performance Drink, Perform U Better

Ia bantu meningkatkan daya ketahanan badan, memberikan tenaga dan daya tahan fizikal serta mencegah penghidratan.

Emmm apa tunggu lagi. Meh sapa-sapa yang down ke laut china selatan tu cuba amik cadangan nutrisi ni.